Print & Copy : A0, A1 & A2

5/5
"Found this printing service online and was definitely very satisfied with the services. The workers were efficient and friendly. Definitely would recommend it to anyone looking to get their things printed, etc 😊"
K.Y Lim
Pelanggan JINGGA

Cetakan pantas dan mudah di JINGGA 

Jingga Print menawarkan khidmat cetak dan fotostat pelan dan poster saiz A0, A1 & A2. Sangat sesuai untuk anda dalam bidang arkitek, kejuruteraan dan pembinaan.

Cetakan Pelan Berkualiti Tinggi

Dengan mesin pencetak pelan yang moden dengan teknologi terkini, Jingga Print mampu mencetak 180 helai pelan warna A1 dalam masa satu jam. Teknologi percetakan ini membantu kerja percetakan anda menjadikannya lebih cepat dengan kualiti yang tinggi. Tidak kira samada kuantiti 1 mahupun 1000 lukisan pelan, serahkan saja pada kami. Jingga Print mencetak mengikut ukuran ISO standard industri A0, A1, A2, A3, A4. Mohon maklumkan kepada kami jika fail yang anda beri berbeza daripada ukuran standard ini, kami akan mengubah saiz fail anda mengikut kesesuaian ukuran ISO standard yang anda.

Pilihan Kertas 

Lukisan pelan anda boleh dicetak berwarna atau hitam putih di atas kertas pelan berkualiti 80gsm dengan pencetak pelan inkjet berketepatan tinggi. Pelbagai jenis kertas lain juga tersedia antaranya kertas tracing, coated, glossy dan linen.

Khidmat Lipatan

Kami juga menyediakan khidmat lipat untuk lukisan pelan anda. Maklumkan kepada kami sekiranya anda memerlukan khidmat ini. Kami akan melipat cetakan anda ke ukuran A4 dari ukuran A3, A2, A1 dan A0. Buat masa ini hanya cetakan pelan pada kertas 80gsm standard sahaja yang boleh dilipat.