Harga Kilang Lebih Murah

Jimat tanpa orang tengah. Cetak terus dari kilang dengan harga lebih berpatutan, kualiti tetap premium.

Lebih jimat kos tanpa perlu kompromi kualiti. Itulah komitmen kami kepada setiap pelanggan.

Kenapa Harga Kami Lebih Murah?

Di Jingga Print, kami menawarkan harga terus dari kilang tanpa melalui orang tengah. Ini membolehkan anda menikmati harga yang lebih rendah tanpa menjejaskan kualiti hasil cetakan.

Kami mengawal keseluruhan proses secara dalaman, bermula daripada percetakan hingga kemasan untuk memastikan kos lebih efisien dan menjimatkan untuk pelanggan.

Kelebihan Harga Kilang

✔️ Tiada orang tengah. Harga lebih direct.

✔️ Proses in-house. Kos lebih terkawal.

✔️ Sesuai untuk bulk & repeat order.

✔️ Harga kompetitif untuk SME & bisnes.

✔️ Lebih jimat untuk jangka panjang.

JINGGA Mudahkan Anda

  1. Berikan spesifikasi tempahan dan semak harga.
  2. Buat pembayaran dan pengesahan Artwork.
  3. Makluman tarikh siap tempahan.
  4. Tempahan diproses.
  5. Makluman pengambilan/penghantaran tempahan siap.

Mesin Berkualiti Untuk Operasi Konsisten

Mesin adalah nadi utama operasi kami. Oleh itu, setiap mesin menjalani penyelenggaraan berkala setiap minggu dan sentiasa dikemas kini dari segi komponen dan prestasi.

Ini memastikan setiap mesin sentiasa beroperasi pada tahap optimum, sekaligus menjamin hasil cetakan yang konsisten, berkualiti tinggi dan boleh dipercayai.

Kenapa Pilih Jingga Print?

Di Jingga Print, kami menawarkan servis cepat untuk memastikan setiap tempahan anda siap mengikut masa, tanpa menjejaskan kualiti. Proses tempahan yang mudah membolehkan anda membuat order hanya melalui WhatsApp, tanpa langkah yang rumit. Dengan konsep one-stop solution, kami uruskan segala keperluan anda daripada design hingga siap cetak, menjimatkan masa dan tenaga anda.

Kami juga komited memberikan harga berpatutan yang sesuai untuk individu mahupun bisnes, tanpa sebarang caj tersembunyi. Setiap hasil cetakan dijamin kualiti premium dengan kemasan yang kemas dan profesional. Ditambah dengan support padu daripada team kami yang sentiasa responsif dan sedia membantu, anda boleh membuat tempahan dengan lebih yakin dan tenang.

Nak harga kilang? Dapatkan quotation sekarang.